Saturday, October 3, 2009

sabtu yang membosankan

salam..x silap arini da 3oktober rasenye.cepat sungguh masa berlalu.rasenye baru lg aku menyabut 1 syawal n mode raya masih terasa.anyway in a few days xde byk menda yg berlaku but ade gak yg menggembirakan.1st aku dapat awek tp just contract je haha,da mcm lam drama melayu.tp xpelah life must keep going n depend la kpd ketentuan..klo ade jodoh x kemana(bukan aku cakap tp org melayu slalu ckp)..so harapan 2 xla terlalu tinggi.ha for the project aku rase mcm nak backoff tp klo pikir2 balik mcm x berbaloi2.dr bulan 3 start wat keje n tetibe jd mcm ni.,so rasa terkilan pon ade.by the way sumenye bergantung kepada tansri skang if die nak continue aku ok jer tp aku nak concentrate degree aku dulu.then pasal konvo ni aku dapat sidang petang.sure la lentok lam dewan 2 n parents lak diasingkan so bertambah2 la boringnye.aku giliran yg ke 661 n rasenye mcm da last2 je.xpelah jajni konvo kan..ha buat sahabatku encik illias bile agaknye nak dtg cni eh..aku nak anugerahkn ko cokmar bandar universiti ni bersama flavor2 skali.aku da xde semangat da nak menda ni teringat lak kat tansri..xde ape cite lg kot so thanks la sapa2 yg membaca blog ni ye..salam

Wednesday, September 16, 2009

keranamu illias

SALAM.. atas permintaan ramai aku terpaksa menggagahkan diri menulis blog ni walaupun agak kurng arif dr segi menghasilkan penulisan yang bermutu tinggi.datok illias adalah punca utama aku mengupdate blob ni sebab katanya da berkarat blog aku ni.untuk minggu ni adalah minggu yg paling merungsingkan bg aku.aku dihujani pelbagai soalan dr kawan2 skolah mengenai ape yg berlaku sekarang ni.dalam hal ni aku menambil dasar berkecuali dan berharap masalah tersebut akan selesai sebelum tibanya aidilfitri.dalam minggu ni juge ak telah pergi ke shah alam dan bermalam di rumah kak aku selama beberapa hari.aku menggunakan kesempatan tersebut untuk bersheesha sakan bersama datok illias yg umpama naga ais yg mampu menghembuskan api dr lubang hidungnya.rase aku dekat 4 jam kot lepak kat kedai sheesha 2 sampai nenas 2 pon da leh wat pajeri nenas.sempat juge aku berjumpa kawan2 dr uitm jengka dulu yg sedang menyambung di uitm shah alam.tp agak sedih sbb hajat aku sebenarnya turun ke shah alam untuk berjumpa tansri namun hasrat ku x tercapai.xpelah hopefully raya ti aku dpt jumpe die.abg bob juge da x niage da n pas raya ti bru bkk lik kdi die so leh la aku rehat2 kat umah haha.haih bln 10 ni aku akan bergraduasi di uitm shah alam tp byk urusan yg belum selesai.yuran konvo ak x baya lg haha(sok aku nekad nak baya kat atm bank islam),pas2 aku sidang ke berapa aku pon x taw..xpela ti aku tanye lik membe2 yg akn tanye lik kat aku sal konvo ni sbb dorg pon x taw pape mcm aku gak adei.harap istiadat konvokesyen ni kan berjalan dgn baek n xde pape aral melintang..so skang aku nak setting lik pale otak aku yg da tepu n lemau ni sbb da lama duk umah n bulan 12 ni aku akn ke arau tok sambung stdi kat sne.harap semuanya akn bejalan ngn lancar..cukup kot takat ni len kali klo datok illias komen lg aku update lah blog aku ni.akhir kata pecah kace pecah balang koi raye,ti raye datang la umah kekeke...wslm

Wednesday, July 22, 2009

Melayu..

Gadis, mana melayumu?
Adakah pada lunaknya suara,
Yang sayup ke gegendang telinga
Atau pada moleknya wajah,
Yang tersenyum pada jejaka

Gadis, bila melayumu?
Adakah bila orang bertandang,
Lalu tersipu kau duduk bersimpuhan
Atau kala bulan mengambang,
Lalu berdendang kau rayu bulan

Gadis, apa melayumu?
Adakah pada barisan nama
Yang hulu ke hilir kau bawa
Atau pada hitamnya warna
Rambut kau sanggul bagai mahkota

Gadis, bagaimana melayumu?
Adakah dengan berbatik kebaya
Lalu menyantun bila dipuja
Adakah hanya mengaji membaca
Lalu melayu dirimu dikata

Melayu bukan hanya pada wajah
Yang ayu berkebaya, yang molek berbatik jawa

Melayu bukan hanya pada suara
Yang lunak berpantun, yang leka bergurindam seloka,

Melayu bukan hanya pada laku
Yang diam tersipu, yang layu menunduk bisu

Melayu itu jatidiri
Setulus seikhlas hati
Melayu itu seluas pandang
Biar tiada berhias barang
Biar tiada beremas jelang
Biar tiada bersimpuh silang…

Wednesday, July 15, 2009

TETAMU SENJA

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

Monday, July 6, 2009

APE 2 BLOG?

buat kesekian kalinye ak melibatkan diri dalam dunia blog ini..pening gak nak wat blog ni upenye yg selame ini ak ingt senang..tp insyaallah ak akn cube menjayakan blog ku ini dengan kisah2 seram dan keliwon juge kisah2 yg perlu dikisahkan..sokongan rakan2 amat diperlukan terutamanye general manager n manager2 prisma square supaye melayari blog ku ini..pape pon thanks for viewing n komen la pape yg patot..salam

WANGIAN DARI TIMUR YANG HILANG

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua´alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

(Usman Awang)